1) pernahkah anda berbelanja tanpa sebarang perancangan..???
2) pernahkah anda berbelanja sehingga terlupa berjimat cermat..??
3) pernahkah anda berbelanja sehingga wang anda hanya tinggal beberapa keping sjer...??
dan apakah tindakan anda seterusnya jika berlaku keatas diri anda.....??
tepuk dada..tanya diri anda sendiri..
aku??
jawapannya adalah....
1) ye ...aku pernah berbelanja tanpa sebarang perancangan..sebab aku tak matang dalam berbelanja....aku berbelanja ikut nafsu bukan keperluan...akhirnya terkial2 mencari lubang utk menampung hidup bujangku..
2) ye...aku pernah berbelanja sehingga terlupa untuk menyimpan sedikit.aku lupa ,lalai dan alpa pabila melihat sesuatu menarik perhatianku.aku terus je beli tanpa berfikir dlu..aku beli jerk sesuka hati..tanpa ku toleh akibatnya....kesannya terhadap diriku..
pabile dah terdesak n susah baru beringat..ketika itu dah terlambat untuk berpaling...
tetapi 1 jerk yg ku puji tentang diriku...aku tak pernah dan tak akan sesekali meminta dan berhutang dengan sesiapa pow walaupow dgn family aku sendiri..
tu prinsip yg ku pegang dari dlu lagi...kekadang aku terpaksa meminjam..tetapi tak sampai 1 hari aku akan bayar balik..sbb aku tak mahu berhutang dgn sesiapa pow di dlm dunia nie..akan aku cuba usahakan selagi terdaya...
aku tak ingin membiasekan diriku dikelilingi dgn hutang..
aku tak ingin berjinak2 dlm berhutang
..aku takut..takut yg teramat sgt
pabila aku terlupa utk membayar hutang walaupow nilainya hanya 1 sen.
aku tak ingin hidup dan matiku dlm berhutang..
akan aku cuba elakkan..
dan akan aku langsaikan jika aku ada berhutang dgn sesiapa.
jadi kepada kekawan semua..jika aku ada berhutang wang kepada kamooo..sila ingatkan kepadaku..akan ku bayar kembali ...tu janjiku..:P
3) ye..aku pernah berbelanja sehingga wang aku kehabisan..bukan hanya tinggal beberapa keping..tetapi hanya tinggal 50sen sahaja dlm poketku....sungguh dasyatkan kekawan..tulah bile tak fikir dulu sebelum berbelanja.....aku menahan perut walaupow perutku dah banyakali berbunyi2 sehingga org len juga boleh mendengaryer...aku diam menyepi seperti tiada paper yg berlaku.aku sanggup mengalas perutku hanya dgn meneguk air kosong..yg kuharapkan dapat mengurangkan kelaparan yg melanda diriku.walaupow aku tahu tak elok membiarkan perut kosong..aku tak hirau semua itu..kerna per??kerna tu memang salahku..terlalu alpa dgn wang ringgit yg sementara..senang yg hanya sementara..derita yang berpanjangan....
padam muker tuk diriku sendiri...
tu kisah beberapa tahun yg lalu..ketika itu aku baru mengenal dunia...
ketika itu aku baru mengenal wang ringgit....
ketika itu aku masih hingusan yg dahagakan keseronokkan..
ketika itu aku baru mengenal kebebasan ..dimana aku belajar hidup sebagai org bujang..
ketika itu aku baru belajar mencari wang saku sendiri..
sebenaryer tak salah jika kiter sesekali ingin berbelanja lebih..tetapi jangan kiter mudah lupa dan alpa tuk untuk menyimpan sedikit hasil titik peluh yg diperolehi sebagai bekalan ketika waktu2 terdesak@susah.
aku pernah merasa itu semua...
kini aku semakin menginjak ke usia dewasa...
aku sudah boleh menilai sesuatu buruk baiknya...
aku sudah boleh merancang kewanganku dgn baik...
aku sudah boleh berbelanja mengikut keperluan bukan nafsu..
aku sudah punye simpanan tika susahku...
yang pasti pengalaman yang aku lalui sangat berharga..
jika aku tidak melalui saat sebegitu mungkin aku masih ketinggalan..
mungkin aku akan menjadi sorang yg terlalu boros..
mungkin sampai bile2 pow aku masih begitu tanpa sebarang perubahan..
owhhh.....
sungguh rugi jika aku lambat tersedar..
usiaku semakin meningkat...
matanglah......
bagaimana pula dengan anda???
JJCM Parit Buntar : Ghalik Cafe
6 days ago
No comments:
Post a Comment