kisah dibawah dipetik dari surat khabar harian metro.
bahagian bimbingan ( kaunseling remaja, DR.Sapora sipon )
tak tahu bile punyer....tak ingat
aku just ambik sbb nak wt tauladan untuk diri aku..
aku suke baca bahagian nie..
SAYA gadis berumur 20 tahun dan dikategorikan seorang yang cantik dan sentiasa menjadi bualan di tempat kerja. Saya baru mendapat kerja dengan gaji lumayan di syarikat perumahan swasta.
Di pejabat, saya mengenali Kak Intan dan dia memberitahu menginap di kondominium mewah yang dibayar syarikat. Apa yang menghairankan, Kak Intan tinggal serumah dengan bos tetapi memberi alasan bilik berbeza.
Ramai pekerja di pejabat mendakwa mereka sudah lama bersekedudukan, namun tiada siapa berani bertanya kerana boleh membuang sesiapa sahaja yang tidak disukainya.
Satu hari, Kak Intan mempelawa saya tinggal bersamanya kerana menurutnya, bos akan berpindah ke rumah lain. Saya terpaksa bersetuju selepas dipujuk berkali-kali walaupun dalam hati saya masih ada perasaan syak wasangka.
Sepanjang di kediaman itu, Kak Intan melayan saya dengan baik dan menganggap seperti adik sendiri. Selepas dua bulan, bos berpindah balik ke rumah itu dan saya tidak terdaya membantah. Pengalaman hitam saya bermula apabila satu malam Kak Intan mempersiapkan makan malam yang istimewa untuk saya. Tanpa disedari, Kak Intan memasukkan ubat tidur dalam minuman dan pada malam itu bos meniduri saya. Saya hanya mampu menangis mengingati arwah ibu, bapa dan tunang.
Saya ke pejabat setiap hari dan menganggap tiada apa yang berlaku walaupun terpaksa berhadapan dengan bos dan Kak Intan.
Kak Intan memberitahu ada mengambil gambar bogel saya ketika tidur untuk diberikan kepada bos. Dia mengugut saya jangan berpindah atau bos akan memberhentikan saya serta-merta selain menyebarkan gambar bogel itu.
Saya membenci Kak Intan tetapi terpaksa bekerja kerana ia punca pendapatan saya.
Tolonglah Dr, adakah saya patut berhenti kerja? Perlukah saya memberitahu kejadian sebenar kepada tunang saya? Saya takut tunang membatalkan perkahwinan jika tahu mengenai perkara itu.
Saya juga kasihan dengan gadis di pejabat itu yang mungkin menjadi mangsa bos melalui perantaraan Kak Intan. Apa patut saya lakukan?
mangsa bos,
masai johor
kesian kat die.....
jawapan dari doktor tuh korang leh baca sendiri kat surat khabar harian metro...ok
jadi sorang yang cantik dan baik pow salah..
orang ambik kesempatan...
camne lak orang yg de kekurangan...
sama gak...
walau dimana pow kiter berada..'bahaya tuh tetap ada...
so untuk ingatan buat diriku...berhati-hati dan berwaspada selalu..;p
ya allah lindungilah diriku daripada segala kejahatan manuasia..
amin..;p
JJCM Parit Buntar : Ghalik Cafe
6 days ago
2 comments:
jangan terima budi dengan tampa berfikir dulu ...
tq komen...
yup...selalu mkn budi..nanti tak terbalas budi lak..
Post a Comment