?colorful? de?? ?? ?????Cobalt Flowers? ????? ?? ???Rating: 4.5 (11 Ratings)??125 Grabs Today. 37104 Total
Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account and go to "Manage Layout" from the Blo BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Tuesday 17 November 2009

Jahit Tudung Sendiri..........

Teknik mudah hasilkan tudung ala Ekin BERGELAR suri rumah atau memiliki kerjaya tetap tidak menjadi penghalang untuk wanita meraih pendapatan sampingan. Bijak mengatur perancangan bersandarkan sedikit kemahiran seperti menjahit juga antara jaminan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Bagaimanapun, bagi sesetengah wanita, kemahiran yang ada tidak hanya dijadikan sumber rezeki tapi cukup sekadar untuk mengisi masa terluang dan dijadikan hobi.
Melihatkan kegilaan wanita ketika ini yang gemar menggayakan tudung ala Ekin menarik minat Shazliyaton Hashim untuk berkongsi kaedah menghasilkan tudung bersengkuap jahitan sendiri melalui laman blog. Menurut Shazliyaton, menghasilkan tudung sengkuap tidak sesukar yang disangka kerana pelajar yang biasa menghadiri kelas dianjurkannya, mampu menyiapkan tudung bersengkuap di dalam tempoh kurang sejam. “Paling penting, anda tahu bagaimana kaedah betul untuk menjahit selain mempunyai kelengkapan jahitan seperti mesin jahit dan material untuk menghasilkan sehelai tudung bersengkuap,” katanya.
Bahan-bahan: Pola sengkuap bersama badannya, kain jersey (badan tudung), jersey, broked, kapas, sutera Thai atau shantung (sengkuap), bakrum (kain gam), jarum peniti, kapur penanda, jarum jahitan dan benang. Saiz pola untuk sengkuap
12.5 sentimeter panjang dan 4.5 sentimeter tinggi
Cara-cara: 1. Memotong sengkuap (Gambar a) Letakkan pola di atas kain sengkuap yang sudah dilipat dua. Basikan setengah inci untuk lipatan jahitan. (Gambar b) Tandakan garis asal sengkuap dengan kapur penanda sebagai tanda panduan ketika mencantum. Seterika bahagian lipatan untuk mendapatkan tanda garisan bagi meletakkan bakrum/kain gam. 2. Memotong badan tudung (Gambar c) Bentangkan kain, lipat hujung kain ke tengah membentuk segi tiga. Letakkan pola di atas kain dan sematkan peniti untuk mengelakkan kain beralih. (Gambar d) Tandakan dahulu garis asal badan tudung sebelum memotong kerana kain biasanya licin dan sukar untuk ditanda jika sudah digunting. (Gambar e) Basikan setengah inci untuk depan tudung, dari bahagian muka ke bawah. Basikan satu inci di kawasan sekeliling tudung. Selepas dipotong, tandakan bahagian tengah tudung dengan kapur penanda. 3. Menjahit dan mencantum (Gambar f) Jahit dua garisan lurus di atas bakrum/kain gam (di sebelah dalam sengkuap). Jarak dari tepi bakrum adalah lebih kurang setengah inci. (Gambar g) Letakkan sengkuap yang telah siap dijahit tadi di atas badan tudung (pastikan bahagian luar bertemu bahagian luar) dan cantumkan bahagian tengah yang telah ditanda. Selepas selesai menjahit cantuman, pastikan kedua-dua belah adalah sama kedudukannya terutama di bahagian hujung sengkuap. Sekiranya cantuman tidak sama, gunting lebihan itu sebelum di jahit tepi. 4. Menjahit kemasan (Gambar h) Mulakan dengan menjahit di sekeliling sengkuap (bahagian atas). Jahit tindih dari sebelah luar bermula dari bawah dagu sehingga ke hujung dagu sebelah lagi. (Gambar i) Bahagian sekeliling sengkuap yang sudah siap dijahit. Jahit tindih dari sebelah luar untuk kemasan di seluruh hujung tudung. Setelah siap, seterika tudung terutama di tempat jahitan kemasan tadi. Info
Kelas jahitan tudung secara perseorangan atau berkumpulan (minimum lima orang) bersama Shazliyaton dianjurkan mengikut permintaan. Maklumat lanjut di blog www.kaktonstudung.blogspot.com atau 012-3271935/017-3679442. Di dalam blog turut ditawarkan kit tudung yang terdiri dari pola, nota jahitan dan kain jersey bagi individu yang mahu menggayakan tudung bersengkuap dijahit sendiri.
innity_pub = "c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5";
innity_cat = "WOMEN,MALAY";
innity_zone = "3360";
innity_width = "468";
innity_height = "60";
innity_country = "MY";innity_path = "/adnetwork/house/pub_31/";innity_proxy = "proxy_9361";innity_ord = "ord=[timestamp]";
innity_pub = "c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5";
innity_cat = "NEWS";
innity_zone = "3309";
innity_width = "**";
innity_height = "**";

No comments: