?colorful? de?? ?? ?????Cobalt Flowers? ????? ?? ???Rating: 4.5 (11 Ratings)??125 Grabs Today. 37104 Total
Grabs. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????? ????Easy Install Instructions:???1. Copy the Code??2. Log in to your Blogger account and go to "Manage Layout" from the Blo BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

Sunday 22 November 2009

Tak tahu naper ntah hari nie......:'(

hari nie kjer cmbiase separuh hari jerk...xramai patient.hri nie de plawanan badminton kul 2-6ptg.aku tgk tv jerk gn dayah.best gak.dh lme xlayan sukan nie.bukan xminat.aku minat giler tau.tp bile time plawanan jerk aku bz.so xberkesempatn nk tgk ler.time beregu malaysia lawan korea.sengit sgt..akhiryer korea menang.xkisahlah,jnji pemain malaysia dh wt yg terbaik..:)malaysia boleh!!!!cayok3!!hik3..:p


mse aku gh taip blog nie.aku gh dgr org mengaji kt tagged aku.time mghrib nie.elok sgt dgr ayat2 suci al-quran..aku gh period mne leh bce al-quran.hehee...jap lg nk masak.dayah minta masak same2.per daa.....msk sadin pow nk minta teman,,hik3.lawak3 jerk kwn aku sorang nie tau..:)


aku kjer hari nie xbawa hanphone celcom.malas.lg pow xde saper nk call@msj aku.aku pow xde kredit.tp bile dh hbs kjer td.hp aku tuh de org call n msj.aku tgk..ehem2 kiter yg call.naper erkk??bile aku bls..xde respon pow.call pow xde respon.marah kt aku ker??selalu aku memg bwa dua2 hp.hari nie jerk sbb aku igt xde saper nk call.so bukan salah aku xbwa hp.ehem2 kn de kelas.ponteng ker??tgk lh mlm nnt.msj ehem2 jap.klu xbls tuh mesti de something yg xkne.


hehee:)mcm ne nk faham perasaan lelaki.tulah....xnk bljr lg.sombong lg.skrg dh de pow xtahu nk layan cmne.hehee...mlm td igt nk msj ehem2..tp xde respon.mgkin die penat kot.akhir tahun ehem2 kater,dia bz.tu aku xkacau n ambik tahu sgt.xambik tahu tuh bukn bmksud aku xsker@luper kt die.aku igt n hari2 aku akn bdoa sblm tido.semoga die dlm keadaan sihat selalu n dilindungi drpd sebarang malapetaka.amin.saper kater xsayang die.syg die sgt tau.aku nie kalau org gh bz.xmau kacau.die gh enjoy ker,de aktiviti luar ker.aku xkan kacau die okey..tu aku punyer pengel.walaupow dia kater xganggu pow.aku tahu setiap org de privasi sendiri.so aku kne faham gn keadaan die.


sorrylah..dh melalut jap..hehee..sesaper yg de bf tuh..leh ajar kiter x??thanks erkk..;P

Saturday 21 November 2009

Apelah aku nie...ish3....;)

ermm..hari nie aku kjer cm biase.kjer gn dayah.separuh hari jerk.hari nie sakit len lak.senggugut lak.alhamdulillah aku dh period hri nie.sblm2 nie aku tulis blog mcm xleh terima hakikat lak kne sakit.bukan nk salah kn sesaper..mgkin krn xtahan dh.aku mcm luper something.setiap yg sakit kn de penawar dan sakit adalah sebahagian ujian allah kt kiter...nk uji sme de kiter kuat ke x....


so bile aku bce lik blog yg aku tulis yg lepas.aku nie cm xbsyukur lak.kter org sakit dpt mengurangkan dosa2 kiter.ermm..aku pow xpasti.tindakan aku pow dh keterlaluan gak kn kn...!!!maafkn syer....xde niat pow.aku hyer insan biase.xlari drpd mbuat kesilapan...:p


aku sygkn diriku...korang jgn salah faham..okey!!aku bukan xsygkn diriku...xnk mkn obat,xnk jmper doktor,xnk cek kt doktor n paper lh.mesti korg kater aku mcm2 kn.tul x???hehee....aku xkisah pow korg nk kutuk aku.aku xkacau org pow.mesti korg akn kter gak..nme jer kjer klinik,tp xnk mkn obat,jmper doktor n ckp aku takut mkn obat n mcm2 lh lh..aku xkisah pow........hik3..:)sker hati jiwa raga akulah nk jmper ke x,nk mkn obat ke x..de aku kisah....hehehee:)keji kn!!!!degil x,x,x aku nie..hik3..:p yes2..aku memg degil bab2 nie...:pso xleh marah gua.....okeis!!!!!!!!!:p

Thursday 19 November 2009

Aku x ok lg.....huhuhu

bile nk bek nie...perut owh perut....bek lah ko.aku dh xsanggup menahan sakit nie lg.cianlah kt tuan badan nie.hari nie selain gastrik,angin.de sakit len lak hinggap kt aku...huhuhu...duss.......naper ko dtg lak.


aku dh msuk n kua tandas lbh 3x+++.....bayangkanlh weii....x ke lembik bdn di wtyer.aku mkn byk gak hari nie...hbs semua..kua lik.weii..igt aku nie perr...mkn ,kua,mkn,kua lik.nk kjer pow xtenang.....kjer mlm aku jap jerk..sbb dh tut,tut2.....huhuhu...maaf.terbau lak.tandas aku tuju....huhuhuhu...


hope sok aku dh ok.weii aku tul2 xlarat.lembik dh,mne de tenaga.dh kehabisan.huhuhu...ubat eveline lak aku telan.ok ckit dr smlm.tp still guling2 kt atas katil..


ya allah,ku pohon kpdmu ya allah..redakanlah sakitku nie.xtertanggung rseyer diri nie.amin.

Tuesday 17 November 2009

Menahan Sakit.....:'(

hari nie perut aku still rse sakit.mcm smlm.pg2 lg sblm sarapan aku telan actal.ubat angin gastrik tuh.sebenaryer xsker telan obat.ermm memandangkan aku amat...amatlah takut kne gastrik.ku telankan gak ubat tuh.smlm just tyer doktor jer sakit per yg aku alami nie.xcek pow.doktor kter mgkin gastrik.terrrkejot oden.huhuhu.xmau.xmau.xmau.nyah kau dr perut aku.nper byk2 perut manusie...ko nk gak singgah gak kt perut aku.kesian lah aku.dh jaoh dr family.xde saper kt cnie.aku sendiri.naper tetibe ko dtg.aku xundang pow.xgne!!!!!!!!!!!huhuhu.


aku puyer lh sakit.guling2 aku kt atas tilam pas kjer smlm.wahhh.....sungguh dasyat ko penyakit.tulah...degil sgt.suh mkn ..xmau mkn...tp aku dh mkn weii...aku bukn mkn cikit2.bdiet pow x.aku mkn bykkk wei...melebihkn org mkn b3.penuh 1 pinggan.nk wt mcm ne...dh sakit nk dtg gak..xleh nk tolong ler...huhuhu....aku sakit sgt.sampai tlelap aku,ptg smlm.tido dlm sedih.tido dlm menahan kesakitan.tido dlm kedihan.sayu mengenang nasib diri ini..huwahuwahuwa...huhuhu..:'(xde saper pedulik....!!!

Rahsia Wanita Berjalan..:p

#Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah

Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.


#Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri

Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri, dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan


#Jika berjalan suka menunduk

Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.


#Jika berjalan menatap lurus ke depan

Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang perpengalaman luas.


#Jika berjalan badan bergerak ke kanan dan kiri

Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.


#Jika berjalan badan tampak tegak

Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.


#Jika berjalan seperti zirafah

Maksudnya, ketika melangkahkan kaki badannya, ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Manfaat Berjalan Kaki......:p

Senaman melangkah laju beri kesan kesihatan serta kecantikan
RAMAI wanita yang beranggapan senaman di gimnasium saja sudah memadai untuk mendapatkan badan yang sihat serta cergas. Tanggapan sedemikian menenggelamkan satu lagi amalan senaman yang bukan saja mudah dibuat, tetapi tidak membabitkan sebarang kos. Inilah keistimewaan aktiviti atau senaman berjalan kaki laju yang memberi lebih banyak manfaat kepada kesihatan dan kecantikan berbanding berjalan kaki secara santai.


Ini bukan sekadar andaian, tetapi terbukti menerusi beberapa kajian termasuk kajian di Belanda membabitkan 5,209 responden dalam tempoh 46 tahun. Hasil kajian yang disiarkan Archives of Internal Medicine mendakwa amalan berjalan kaki 30 minit sehari, dapat menambah kira-kira 1.3 tahun kepada hayat seseorang. Malah, amalan berjalan kaki laju itu mempunyai sembilan manfaat iaitu:


Berat badan stabil
Amalan berjalan kaki laju juga meningkatkan metabolisma tubuh. Selain sejumlah kalori terbuang, lebih banyak lagi kalori akan terbakar apabila metabolisma tubuh meningkat sehingga peningkatan berat badan sukar berlaku.

Menurunkan berat badan
Selain mampu menstabilkan berat badan, mereka yang mengalami pertambahan berat badan disarankan supaya melakukan senaman berjalan kaki laju secara rutin.


Risiko elak serangan jantung
Seperti yang kita semua tahu, otot jantung memerlukan aliran darah lebih deras supaya ia sentiasa berfungsi dengan normal. Justeru, berjalan kaki laju mempercepatkan aliran darah ke dalam koroner jantung.

Selain itu, kelenturan pembuluh darah menguncup dan mengembang ketika berjalan laju juga cenderung menyebabkan tekanan darah menjadi lebih rendah selain dapat mengurangkan risiko berlakunya darah beku di pembuluh darah ke jantung.

Angin ahmar atau strok
Walaupun masih tiada bukti kukuh mampu mengaitkan senaman berjalan kaki laju dengan strok namun kajian dilakukan terhadap 70,000 pesakit di Sekolah Kesihatan Awam Harvard, Amerika Syarikat, yang sering berjalan kaki iaitu purata 20 jam seminggu, risiko mereka diserang strok menurun sebanyak 2 daripada 3 kes.


Mencegah kencing manis
Dengan membiasakan berjalan kaki laju sekitar 6 kilometer sejam dipercayai mampu mencegah masalah diabetes Tahap 2 terutama di kalangan individu bertubuh gempal. (Sumber: Institut Diabetes dan Masalah Hati Kebangsaan). Gula di dalam darah juga dapat dikawal dengan cara berjalan kaki (brisk walking), justeru ubat tidak diperlukan. Ia bermakna, berjalan kaki laju sama manfaatnya dengan mengambil ubat anti diabetes.

Mencegah osteoporosis
Pergerakan badan yang aktif dan berjalan kaki laju boleh memperkuatkan otot badan serta tulang. Individu yang sering melakukan senaman dan cukup sumber kalsium di dalam badan boleh terhindar daripada ancaman kereputan tulang sehingga usia 70 tahun.


Meredakan sakit lutut
Lebih sepertiga mereka yang lanjut usia di Amerika Syarikat mengalami masalah sakit lutut atau osteoarthiris. Dengan membiasakan diri berjalan laju atau berjalan di dalam kolam renang mampu meredakan masalah itu. Bagaimanapun, untuk penghidap osteoarthiris, mereka disarankan melakukan senaman berjalan kaki berselang-seli supaya sendi tidak terjejas.

Tekanan
Pergerakan badan terjadi ketika berjalan kaki laju juga sebenarnya dapat membantu pesakit yang mengalami tekanan perasaan. Berjalan kaki laju dapat menggantikan ubat anti tekanan yang harus diambil secara rutin. Kajian terhadap kaitan antara masalah tekanan perasaan dan berjalan kaki sudah dilakukan sejak 10 tahun lalu.

Kanser
Pembunuh nombor satu ini dikatakan mampu dijauhkan jika anda rajin berjalan kaki, setidak-tidaknya kanser usus besar. Seperti yang anda semua maklum, pergerakan badan membantu melancarkan penghadaman usus. Kajian juga ada menyebut mengenai peranan berjalan kaki di dalam mengurangkan risiko terkena kanser payudara.

Tip jalan laju

#Pilih kasut yang dapat lindungi dan jadikan kaki selesa

#Lokasi sesuai seperti tempat atau padang rata

#Langkah betul - Buat langkah sebesar mungkin bagi pergerakan lebih laju

#Gerakkan lengan ketika berjalan

#Sematkan dalam minda yang anda sedang mengejar sesuatu

#Tingkatkan kelajuan langkah serta tempoh senaman

Teknik Solekan Ringkas...

Mekap secara betul elak wajah kelihatan lesu
MAHU kelihatan anggun dengan wajah yang bersolek rapi tapi tidak tahu bagaimana caranya menyebabkan ramai wanita tampil di khalayak dengan penampilan solekan yang keterlaluan atau wajah yang lesu tidak bermaya. Bagi memberi peluang kepada wanita terutama wanita bekerjaya mempelajari teknik betul untuk bersolek, ruangan Cantik kali ini berkongsi panduan solekan .



Wajah
Bersihkan wajah terlebih dulu sebelum disapu pelembap dan seterusnya bedak asas. Pastikan anda memilih bedak asas dan bedak yang sesuai dengan kulit bagi memastikan solekan tahan lama dan kekal gebu. Lanjutkan dengan sapuan pemerah pipi pada tulang pipi tapi ingat, jangan terlalu berlebihan.Sebelum membeli bedak, pastikan anda mengenali warna dan jenis kulit terlebih dulu.



Wanita yang mempunyai kulit berminyak lebih sesuai mengenakan bedak jenis debu, kulit kering pula digalakkan menggunakan bedak padat manakala mereka yang berkulit kombinasi, gunakan alat solek berasaskan air.

Bibir
Lengkapkan penampilan dengan sapuan solekan yang secukupnya saja. Jika ingin bibir kelihatan penuh, bentuk dengan menggunakan pensil bibir berwarna neutral atau semula jadi. Selepas itu, oles gincu berwarna merah jambu sebelum diakhiri dengan sapuan pengilat bibir.

Mata
Jangan terlalu berani memadankan terlalu banyak warna pembayang jika anda ingin tampil sederhana. Pilih warna selamat seperti coklat, hijau dan ungu. Aplikasi maskara penting sebagai pelengkap solekan mata anda. “Pilih warna yang sesuai dengan usia, warna kulit dan pakaian supaya wajah anda tidak kelihatan pelik.

Alis mata
Gunakan pensil alis untuk merapi dan membentuk kening.Ramai wanita yang mengabaikan bahagian alis sedangkan goresan ringkas pada bahagian berkenaan dapat menaikkan seri wajah.

Minta Maaf ......

kepada sesiapa yg bce blog syer nie...syer minta maaf bg tajuk jahit tudung sendiri tuh bukan syer yg wt@jahit tudung tuh..syer just copy page dr berita harian...kepada Pn.shazliyaton hashim.syer memohon maaf byk2.bukn niat syer nk mencuri@ambil hasil jahitan tudung Pn.syer just copy krn igin wt simpanan.selain tu syer ingin mcuba n bljr cara2 mjahit fesyen tudung tersebut.maafkn syer sekali lg...:p..

Jahit Tudung Sendiri..........

Teknik mudah hasilkan tudung ala Ekin BERGELAR suri rumah atau memiliki kerjaya tetap tidak menjadi penghalang untuk wanita meraih pendapatan sampingan. Bijak mengatur perancangan bersandarkan sedikit kemahiran seperti menjahit juga antara jaminan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Bagaimanapun, bagi sesetengah wanita, kemahiran yang ada tidak hanya dijadikan sumber rezeki tapi cukup sekadar untuk mengisi masa terluang dan dijadikan hobi.
Melihatkan kegilaan wanita ketika ini yang gemar menggayakan tudung ala Ekin menarik minat Shazliyaton Hashim untuk berkongsi kaedah menghasilkan tudung bersengkuap jahitan sendiri melalui laman blog. Menurut Shazliyaton, menghasilkan tudung sengkuap tidak sesukar yang disangka kerana pelajar yang biasa menghadiri kelas dianjurkannya, mampu menyiapkan tudung bersengkuap di dalam tempoh kurang sejam. “Paling penting, anda tahu bagaimana kaedah betul untuk menjahit selain mempunyai kelengkapan jahitan seperti mesin jahit dan material untuk menghasilkan sehelai tudung bersengkuap,” katanya.
Bahan-bahan: Pola sengkuap bersama badannya, kain jersey (badan tudung), jersey, broked, kapas, sutera Thai atau shantung (sengkuap), bakrum (kain gam), jarum peniti, kapur penanda, jarum jahitan dan benang. Saiz pola untuk sengkuap
12.5 sentimeter panjang dan 4.5 sentimeter tinggi
Cara-cara: 1. Memotong sengkuap (Gambar a) Letakkan pola di atas kain sengkuap yang sudah dilipat dua. Basikan setengah inci untuk lipatan jahitan. (Gambar b) Tandakan garis asal sengkuap dengan kapur penanda sebagai tanda panduan ketika mencantum. Seterika bahagian lipatan untuk mendapatkan tanda garisan bagi meletakkan bakrum/kain gam. 2. Memotong badan tudung (Gambar c) Bentangkan kain, lipat hujung kain ke tengah membentuk segi tiga. Letakkan pola di atas kain dan sematkan peniti untuk mengelakkan kain beralih. (Gambar d) Tandakan dahulu garis asal badan tudung sebelum memotong kerana kain biasanya licin dan sukar untuk ditanda jika sudah digunting. (Gambar e) Basikan setengah inci untuk depan tudung, dari bahagian muka ke bawah. Basikan satu inci di kawasan sekeliling tudung. Selepas dipotong, tandakan bahagian tengah tudung dengan kapur penanda. 3. Menjahit dan mencantum (Gambar f) Jahit dua garisan lurus di atas bakrum/kain gam (di sebelah dalam sengkuap). Jarak dari tepi bakrum adalah lebih kurang setengah inci. (Gambar g) Letakkan sengkuap yang telah siap dijahit tadi di atas badan tudung (pastikan bahagian luar bertemu bahagian luar) dan cantumkan bahagian tengah yang telah ditanda. Selepas selesai menjahit cantuman, pastikan kedua-dua belah adalah sama kedudukannya terutama di bahagian hujung sengkuap. Sekiranya cantuman tidak sama, gunting lebihan itu sebelum di jahit tepi. 4. Menjahit kemasan (Gambar h) Mulakan dengan menjahit di sekeliling sengkuap (bahagian atas). Jahit tindih dari sebelah luar bermula dari bawah dagu sehingga ke hujung dagu sebelah lagi. (Gambar i) Bahagian sekeliling sengkuap yang sudah siap dijahit. Jahit tindih dari sebelah luar untuk kemasan di seluruh hujung tudung. Setelah siap, seterika tudung terutama di tempat jahitan kemasan tadi. Info
Kelas jahitan tudung secara perseorangan atau berkumpulan (minimum lima orang) bersama Shazliyaton dianjurkan mengikut permintaan. Maklumat lanjut di blog www.kaktonstudung.blogspot.com atau 012-3271935/017-3679442. Di dalam blog turut ditawarkan kit tudung yang terdiri dari pola, nota jahitan dan kain jersey bagi individu yang mahu menggayakan tudung bersengkuap dijahit sendiri.
innity_pub = "c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5";
innity_cat = "WOMEN,MALAY";
innity_zone = "3360";
innity_width = "468";
innity_height = "60";
innity_country = "MY";innity_path = "/adnetwork/house/pub_31/";innity_proxy = "proxy_9361";innity_ord = "ord=[timestamp]";
innity_pub = "c16a5320fa475530d9583c34fd356ef5";
innity_cat = "NEWS";
innity_zone = "3309";
innity_width = "**";
innity_height = "**";

Sunday 15 November 2009

Alhamdulillah..........

syukur kpd mu ya allah...baiyah stabil....demam denggi yer baru tahap satu...tp baiyah still kne tahan kt wad kire kuarantin selama seminggu..ya allah...sembuhkanlah kesihatan adik baiyah...amin:p


naper aku rajin update blog hari nie.ermm..xtahu lah.aku boring.tu rajin.kebetulan adik baiyah sakit.dlm blog aku dpt coret rse hati nie.aku sebenaryer nk wt blog lbh baik lg.sambil bblog nie nk tambahkn ilmu IT aku.aku xpandai dlm IT nie.jd bile men tenet nie..de lah gak ilmu yg aku dpt.lg 1 bg aku wt kjer cepat.taip cepat.gne komputer leh lh dh pandai cikit.hehee:P
alhamdulillah..........:)


perut aku asyik meragam jerk,nk kate nk g toilet,x juga.mgkin makn sambal gak yer...aku nie mkn jerk kuat.pedas pow aku hentam gak.tp tulah.sekali dh g toilet.mc nk tcabut perut nie.sakit yg teramat.pedih rseyer.tu rse sakit padah mkn sambal.masyallah....sakit.huhuhu;'(
Kesian aku...................
ya..allah..naper dgn tangan aku nie....mengelupas lg kerr......cianyer aku..aku rse baru jerk baik.dh nk jd lik.mcm nielah tgn aku...selalu salin kulit.bukan jarang..tp dh selalu.dlu aku xambik indah pow pasal nie.skrg nie aku dh ambik tahu n selalu titikberatkan mslh2 diri aku.dayah n azie selalu tegur..jgn kopek kulit yg mengelupas tuh..nnt makin teruk.tp tgn aku nie mne leh duk diam.mesti gatal nk men kopek2 gak..huhuhu...skrg nie aku gh kopek kulit..hehehe...:p
bf dh hbs kelas....batery hp die low.die kter nk terus tgk baiyah.sblm tuh nk hntar dayah..aku just ckp hati2 bwa kreta.hehehe..:pdia tyer pasal hidung bdarah tuh denggi bdarah kerr..aku jwb tuh antara simptom denggi.tghari td aku try gak tgk pasl denggi nie kt tenet....tp aku xyakin nk bgtahu tu denggi bdarah..better die tyer doktor...
ya allah.....kau selamatkan lah baiyah ...kau pulihkanlah kembali kesihatanyer...kesianilah die ya allah..amin.
hari nie aku pose ganti lg.aku pow dh luper sebenaryer dh bper hari aku ganti pose...x ku kire lak..huhuhu...best pose nie sebenaryer...selain menahan diri dr lapar dan dahaga...pose gak merehatkn minda:paku dh siap masak tuk lauk bbuke pose.ikan masak kuah kuning,ikan goreng sambal n telur dadar.nasi,aku minta dayah li.azie dh lik tg.tggl bdua jerk kami...xpelah..semua dh siap.tggu time buke jerk nie:Phorey!!!!!!!!!
Ya Allah,kau selamatkanlah dia.........................


naper aku ckp cmtuh...sbb adik bf aku kne demam denggi.mlm td bf aku bg tahu adik die disyaki kne demam denggi.smlm g hospital g cek...aku memg xtahu nk borak@msj aper kt die..sbb yelah org gh risau.lg2 bile die kater risau sgt pasal adik kesayangn die..terus kelu lidah aku nk bg kata2 semangt per..biase kalau org dh risau nie ,,mne de fikir org lain@nk dgr kater org len..dlm otak fikir adik jerk.tu pasal aku senyap jerk.bukan majuk.tp no komen.aku mne de pengalamn gituh...walaupow aku nie pow syg sgt kt adik aku tuh..same cm die.tp idaklah pernah de pengalamn gini.aku cme dpt doakn mudah2an adik die cepat sihat.amin.nk tgk adik die.aku pow xtahu ktne.teruk tul gf abg die nie.huhuhu...betul lah per...nk g kl.haram jadah aku cnfirm xtahu jln.naik bas pow xpernah.mau aku sesat nnt......huhu...ya allah.kau pulihkn lah kembali kesihatan adik baiyah.kuatkanlah semangat die tuk melawan sakityer ituh..amin:P

Sunday 8 November 2009

dh nk msuk mghrib..aku lum mandi..per da........hik3.....jgn tiru mcm syer...syer masih ucuk lg nie..hehehe;)

Saturday 7 November 2009

hari nie aku baru nk try wt blog......sblm nie pernah wt..tapi dh lme tggalkn ...aku pow dh luper..hehehe..aper da...........